Kelebihan Fungsi Commerce Slide


Assalamualaikum.... Entri kali ini, kami khususkan untuk menerangkan secara jelas berkenaan kelebihan Commerce Slide. Pada entri sebelum ini kami telahpun berkongsi secara lengkap berkenaan Commerce Store, jadi anda boleh rujuk artikel yang bertajuk Apa Itu Commerce Store.

Commerce Slide adalah sebahagian dari Commerce Store, dimana Commerce Slide merupakan paparan awal yang hanya memaparkan info ringkas seperti gambar yang boleh slide, lokasi dan nama homestay serta harga. Selain itu juga ada penambahan fungsi status caption yang membolehkan kita menambah maklumat seperti link blog, page, website, instagram dan juga hashtag jika ada, boleh rujuk contoh gambar diatas.

Bukan itu sahaja, pada bahagian status caption ini juga boleh disertakan tawaran promosi/diskaun, CTA, dll.

Manakala maklumat lengkap homestay dipaparkan dalam Commerce Store yang akan dipaparkan selepas bakal penginap klik pada button buy atau klik pada gambar.

Contoh paparan lengkap didalam commerce store adalah seperti 2 gambar dibawah ini. Bakal penginap boleh melihat keseluruhan gambar homestay. Manakala dibahagian product details pula memaparkan maklumat seperti:
  • Alamat/lokasi lengkap homestay, jadi bakal penginap dah boleh cube akses menerusi GPS
  • Info kemudahan/kelengkapan homestay 
  • Info lokasi/tempat menarik sekitar homestay
  • Waktu untuk check in/out
  • Info lengkap harga termasuk pakej, deposit, diskaun dll
  • Nombor untuk dihubungi untuk tempahan atau pertanyaan kekosongan homestay



Seterusnya sila rujuk 2 gambar diatas, cuba lihat pada bahagian product insights yang hanya boleh diakses oleh admin sahaja. Jadi disinilah pemantauan terhadap slide performance boleh dinilai oleh admin. Penilaian Slide performance boleh dinilai menerusi jumlah view dan jumlah click. Sebagai contoh 2 gambar diatas memaparkan kadar view yang jauh beza, iaitu 298 vs 37, ini kerana terdapat kadar yang ketara pada jumlah share iaitu 534 vs 6.


Gambar diatas menunjukkan fungsi yang menarik dan sangat berguna pada commerce slide ini juga adalah fungsi share yang membolehkan perkongsian slide menerusi wall personal, wall friend, page, group, event dan private message. Kami akan terangkan secara jelas berkenaan fungsi ini dalam entri yang bertajuk 6 Pilihan Cara Share Commerce Slide.

Selain dari itu, ada fungsi tag, check in, emotion dan audience privacy yang sangat berguna kepada kita. Walau bagaimanapun, kami akan terangkan pada entri yang lain.


Follow Facebook Rasmi Admin Untuk Update Terkini