Assalamualaikum... Terima kaseh kerana anda memilih untuk bersama komuniti homestay semalaysia. Entri kali ini adalah berkenaan dengan latar belakang penubuhan group "Homestay Malaysia".
Homestay Malaysia secara rasminya ditubuhkan pada 11 Mei 2015, iaitu menerusi Group Facebook Homestay Malaysia. Idea penubuhan group ini timbul setelah Admin mendapati belum ada group Facebook yang sepenuhnya menerajui industri homestay pada tahun 2015. Kebanyakkan group yang wujud pada waktu itu hanyalah group iklan yang hanya fokus kepada iklan semata mata, malah keadaan group juga tidak dipantau dengan baik telah menyebabkan kebanyakan keadaan group jadi caca merba.
Semenjak penubuhan group Homestay Malaysia, kami telah menetapkan satu matlamat iaitu untuk menjadi peneraju group homestay terbaik di Malaysia. Disamping itu kami juga berhasrat untuk menjadikan group Homestay Malaysia sebagai group rujukan yang menjadi tumpuan samaada bakal penginap mahupun pemilik homestay. Bagi menjayakan hasrat ini, kami memilih untuk mengelola group Homestay Malaysia secara serius.
Banyak perubahan demi perubahan yang berjaya dilakukan dalam memenuhi misi kami, diantaranya memberi nama gelaran group Homestay Malaysia sebagai "Pusat Carian Homestay Semalaysia" pada 15 Nov 2016. Tujuannya adalah untuk memberi lebih keselesaan kepada bakal penginap untuk membuat carian homestay diseluruh Malaysia secara lebih mudah dan efektif. Tambahan lagi konsep "Direct Deal" secara langsung dengan pemilik homestay telah menarik lebih ramai bakal penginap untuk membuat survey carian homestay lebih awal menerusi group Homestay Malaysia.
Kelebihan membuat survey carian homestay lebih awal adalah bakal penginap berpeluang untuk membuat perbandingan harga, pemilihan homestay yang terdekat dengan lokasi yang ingin dituju dan juga boleh membuat penilaian awal setiap homestay menerusi testimoni/komen secara langsung didalam group Homestay Malaysia.
Selari dengan pergerakan masa maka jumlah terkini pemilik homestay didalam group Homestay Malaysia telahpun melebihi 1000 rumah inap. Angka ini termasuk rumah inap yang aktif dan tidak didalam group.
Kadar pertambahan keahlian group dan kadar carian homestay yang semakin meningkat saban hari telah mendesak pihak kami untuk mengembangkan rangkaian Homestay Malaysia kepada medium lain seperti Fanpage, Instagram, Blog dan Portal. Walaupun berhadapan dengan kekangan masa, pihak kami cuba sebaik mungkin untuk memastikan keberhasilan yang berkualiti.
Bukan sahaja berhadapan dengan kekangan masa, pihak kami juga sentiasa berhadapan dengan kritikan, tomohan, perlian dll dalam membangunkan komuniti Homestay Malaysia ini. Walaupun sering diperli dan diperkecilkan usaha kami tetap akan terus berjalan hingga ke saat ini, kami masih memberi khidmat. Segala halangan dan cabaran yang kami hadapi itu, kami akan terima dengan baik dan akan membuat penambahbaikan jika perlu. Cabaran dan halangan inilah jadi sumber idea untuk kami membuat persediaan yang lebih baik dan perubahan yang lebih bermutu.
Kewujudan komuniti seumpama ini juga mampu mengekang aktiviti "Scammer Homestay" yang telah banyak menipu pelanggan. Bukan itu sahaja, maklumat berkenaan pencuri homestay juga berjaya disalurkan dengan baik menerusi group secara lebih pantas dan efektif.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku dikalangan ahli2 group, pemilik2 homestay yang menyertai group ini akan ditapis dari semasa ke semasa. Pihak kami akan melakukan proses saringan bagi menghalang berlakunya sebarang bentuk penipuan dikalangan anggota group.
Sekiranya gagal dalam proses penapisan pemilik2 homestay akan disingkirkan dari keahlian @ disekat secara kekal dari group.
Sila buat Aduan kepada Admin sekiranya terdapat unsur2 penipuan yang dilakukan oleh pemilik2 homestay didalam group ini untuk diambil tindakan oleh pihak Admin. Pihak Admin juga memandang serius terhadap sebarang bentuk provokasi didalam komuniti Homestay Malaysia.
Semoga sedikit perkongsian ringkas ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang kewujudan komuniti Homestay Malaysia ini.
Follow Facebook Rasmi Admin Untuk Update Terkini