Memandangkan masih ramai yang kurang jelas berkenaan cara-cara untuk memasukkan member Facebook kedalam Group, jadi Admin akan perincikan secara jelas langkah demi langkah yang perlu diikuti. Sebenarnya banyak kaedah yang boleh digunakan, tetapi pada topik kali ini adalah merujuk kaedah menggunakan telefon pintar dan menerusi aplikasi Facebook Apps (rujuk gambar).
Langkah Pertama
- Telefon anda perlulah mempunyai aplikasi Facebook Apps,rujuk gambar diatas. Jika belum ada, aplikasi ini boleh dimuatturun menerusi Apps Store & Play Store
Langkah Kedua
- Selepas anda Log In ke akaun Facebook, taip diruangan kotak carian “Homestay Malaysia”. Rujuk gambar diatas.
- Pastikan group yang betul, sebab ade beberapa group yang lain menggunakan nama yang sama.
- Ataupun boleh terus klik link ini Homestay Malaysia
Langkah Ketiga
- Selepas masuk kedalam group Homestay Malaysia, cari button “Add Members”
- Kemudian klik button ini
Langkah Keempat
- Selepas itu akan dipaparkan senarai rakan Facebook anda. Kemudian pilih rakan Facebook anda, tick satu per satu.
- Akhir sekali klik button “Done” untuk masukkan mereka semua kedalam group
Terakhir dan Pemberitahuan
- Kekurangan add member guna telefon adalah, jumlah maksimum rakan yang boleh dimasukkan kedalam group dalam satu masa hanyalah seramai 45 orang sahaja, jadi anda perlu ulangi proses ini beberapa kali sekiranya ingin masukkan member lebih dari 45 orang.
- Kekurangan lain adalah akan terjadi kes pengulangan add orang yang sama, jadi masalah ini boleh diatasi dengan add lebih ramai dari jumlah yang perlu add.