Commerce Store Lebih Mesra Telefon Pintar

Assalamualaikum... Hi semua, kami doakan anda semua dalam keadaan lebih baik. Terima kaseh kerana masih lagi bersama Homestay Malaysia. Seperti anda semua sedia maklum pihak kami di Homestay Malaysia mengaplikasikan fungsi fasiliti Commerce Store yang disediakan oleh pihak Facebook bagi merancakkan lagi momentum pengiklanan ahli group yang berminat. 

Selain dari merancakkan momentum pengiklanan, ada sebab penting yang menjadi asas kepada kami untuk memilih fasiliti Commerce Store ini sebagai tambahan dalam mengetengahkan jenama Homestay Malaysia.

Kami telah memperoleh data ini dari pihak Facebook menerusi FB Ads Manager. Walaupun data ini boleh dikatakan perkara basic, tetapi kami merasakan adalah sangat perlu untuk kami kongsikan kepada anda semua kerana rata-rata disini menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran Homestay.

Dalam membuat pemasaran di Facebook adalah sangat penting untuk kita memahami perkara asas yang menjadi tonggak utama dalam memastikan keberkesanan sesuatu kempen pemasaran. Ramai yang memandang remeh akan isu ini, jadi kesannya adalah kerugian, kurang keberkesanan, kehampaan, ROI teruk dan lain-lain.

Hanya ada 2 kategori pengguna Facebook iaitu;
  1. Melayar Facebook menggunakan komputer
  2. Melayar Facebook menggunakan telefon pintar
Jika 2 perkara asas diatas gagal untuk difahami, maka akan memberi kesan kepada kempen pemasaran anda tambahan lagi dalam industri Homestay yang agak kurang serasi dengan FB Ads.
Apabila kita jelas dengan sasaran pengguna maka lebih mudah untuk menjayakan sesuatu kempen pengiklanan.

Merujuk kepada tajuk "Commerce Store Lebih Mesra Telefon Pintar" bermaksud fungsi Commerce Store ini hanya boleh diakses sepenuhnya oleh pengguna telefon pintar sahaja. Manakala pengguna komputer pula hanya boleh akses dalam 30% sahaja.

Kenapa ye, ada perbezaan ketara disini?

Perbezaan ketara disini adalah kerana majoriti pengguna Facebook terdiri daripada pengguna telefon pintar. Jika merujuk 2 gambar dibawah pengguna telefon pintar yang aktif dan berkuasa beli di Malaysia adalah 13 juta manakala pengguna komputer pula adalah 3.3 juta sahaja. Jadi kadar peratus pengguna telefon pintar adalah 75% manakala pengguna komputer hanyalah 25%.

Disini pihak Facebook cuba memberi kelebihan kepada pengguna telefon pintar dimana bakal penginap boleh akses maklumat homestay secara lengkap hanya menerusi "Commerce Store" yang disediakan oleh mereka. Bukan itu sahaja, menerusi "Commerce Store" ini pihak Facebook juga berusaha untuk memastikan bakal penginap terus kekal mencari homestay didalam "Commerce Store" mereka dengan memperkenalkan konsep cadangan 10 homestay berdekatan secara "slide" dan 40 homestay yang berdekatan secara paparan "store".

Menerusi 2 konsep tambahan ini jelas menunjukkan pihak Facebook mengambilkira akan kebarangkalian homestay pertama yang dihubungi oleh bakal penginap penuh pada tarikh tertentu. Jadi dengan adanya konsep cadangan homestay berdekatan, maka bakal penginap tidak perlu untuk mencari di laman web lain sebaliknya boleh mencuba membuat pilihan terhadap homestay yang dicadangkan.

Nampak tak?, bagaimana pihak Facebook mengekalkan kadar pengguna di laman mereka. Lagi lama masa pengguna mengakses laman Facebook, lagi mereka suka. Kerana kadar masa iklan yang mampu dipaparkan kepada pengguna Facebook juga lebih lama. Iklan yang dimaksudkan disini adalah iklan client mereka menerusi FB Ads.

Satu lagi kita perlu sedar bahawa Facebook merupakan platform sosial yang menjana pendapatan menerusi pengiklanan iaitu FB Ads. Aset mereka adalah pengguna laman Facebook diseluruh dunia, sebagai contoh di Malaysia pengguna yang aktif dan mempunyai kuasa beli terdiri daripada 3.3 pelayar menerusi komputer dan 13 juta pelayar menerusi telefon pintar.

Majoriti pengguna adalah terdiri daripada pemilik telefon pintar, jadi pastinya pihak Facebook akan berusaha sebaik mungkin dalam menjaga aset mereka. Setuju?



2 gambar diatas ini hanya sebagai contoh bagi menunjukkan kadar perbezaan jumlah pengguna telefon pintar dengan komputer. Data ini boleh diperoleh menerusi FB Ads Manager, jadi anda juga boleh buat semakan sendiri menerusi akaun Facebook masing-masing. Pastikan FB Ads Manager anda telah diaktifkan.

Pihak kami pilih golongan pengguna yang berumur dari 22 - 45 tahun kerana golongan ini mempunyai kuasa beli yang baik serta golongan yang aktif di Facebook. Anda dapat lihat perbezaan yang ketara iaitu 3.3 juta pengguna komputer manakala 13 juta pengguna telefon pintar.

Perkongsian ini sangat penting, dimana kami cuba menerangkan asas kenapa "Commerce Store" merupakan pilihan terbaik untuk mengiklankan homestay. Jawapannya berbalik kepada data pengguna Facebook yang majoritinya terdiri dari pemilik telefon pintar.

Semoga anda juga nampak gambaran kasar bagaimana platform Facebook beroperasi, mereka juga bergantung pada jumlah pengguna laman Facebook. Lagi banyak pengguna Facebook, lagi mereka suka. Lagi lama masa pengguna mengadap Facebook, maka lagi banyak iklan yang boleh mereka paparkan. Lagi banyak iklan yang berjaya dipaparkan, maka lagi banyak profit yang mampu mereka jana.

Suke artikel ini?

Follow Facebook Rasmi Admin Untuk Update Terkini