Apa Itu Commerce Store?


Assalamualaikum... Terima kaseh kerana memberi kami sedikit ruang masa anda untuk kami menerangkan tentang "Commerce Store". Commerce ini merujuk kepada satu kaedah inovasi terhadap urusan jual beli alam maya yang sudah tidak asing lagi bagi penggemar "Window Shopping". Menerusi konsep commerce ini sesuatu website/portal akan menyediakan satu platform lengkap yang mana memudahkan bakal pelanggan berurusan dengan selamat dan selesa.

Tambahan lagi kebanyakan penyedia-penyedia platform e-commerce terbesar seperti LAZADA, Alibaba, 11 Street dll memang menjadi pilihan penggemar "Window Shopping". Kebiasaanya setiap website/portal e-commerce akan memaparkan maklumat lengkap berkenaan sesuatu produk dari segi gambar, harga, kadar diskaun, maklumat penerangan produk, cart, payment gateway dll.

Diharap penerangan ringkas diatas dapat memberi sedikit penjelasan bagi anda yang kurang jelas tentang e-commerce. Manakala merujuk kepada e-commerce yang disesuaikan dengan Facebook ini, Admin panggil "Commerce Store". Pihak Admin panggil "Commerce Store" kerana ianya mampu berfungsi sebagai store samaada untuk produk/servis, seperti contoh gambar diatas homestay disusun dengan begitu baik dan kemas. Fasiliti "Commerce Store"  adalah satu fasiliti yang berkonsep "commerce" yang disediakan oleh pihak Facebook, walaupun tidak secanggih LAZADA yang lengkap dengan cart serta payment gateway, kami percaya pihak Facebook lebih arif dengan fasiliti tambahan yang mereka sediakan ini. 

Mungkin dimasa akan datang fasiliti "commerce" ini akan ditambahbaik, dimana bakal pelanggan boleh terus membuat pembayaran online hanya menerusi Facebook. Kerana kita juga sedia maklum platform Facebook ini sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Konsep "Commerce Store" yang disediakan oleh pihak Facebook juga sangat praktikal kerana ianya sangat mesra pengguna. Dari segi susunan gambar yang kemas dan teratur ianya memberi keselesaan kepada pengguna. Disamping itu kadar jumlah gambar yang banyak juga boleh dipaparkan dalam setiap "Commerce Slide". Tambahan lagi konsep gambar yang boleh slide kekiri dan kanan juga memberi kebebasan kepada pelanggan untuk melihat paparan setiap gambar dengan mudah.

Jika kita perhatikan paparan awal "Commerce Slide" ini ringkas sahaja. Dimana ianya hanyalah memaparkan maklumat berkenaan dengan Tajuk, Harga dan Gambar secara slide sahaja (rujuk gambar diatas).

Kenapa hanya 3 elemen ini sahaja yang dipaparkan?.

Apabila kita terlibat dengan bidang perniagaan, 3 elemen ini merupakan elemen utama dalam bahagian pemasaran mana mana industri sekalipun selain dari copy writing, testimoni, jaminan dll. Menerusi contoh slot post gambar diatas, 3 elemen inilah yang akan menjadi pintu utama untuk menarik bakal pelanggan ke "Commerce Store". 

Kerana dibahagian "Commerce Store" lah akan dipaparkan segala maklumat lengkap seperti:
  • Lokasi lengkap homestay
  • Detail berkenaan dengan kemudahan dan kelengkapan homestay
  • Maklumat tempat sekitar homestay
  • Maklumat harga, pakej/diskaun jika ada
  • Waktu check in/out
  • No telefon untuk tempahan 
  • Paparan 10 homestay cadangan secara slide (paparan pengguna telefon pintar sahaja)
  • Pautan 40 homestay cadangan dalam paparan store (paparan pengguna telefon pintar sahaja)
Ini adalah contoh paparan secara lengkap didalam "Commerce Store", seperti mana disenaraikan diatas. Termasuk juga 10 homestay cadangan secara slide, dibahagian paling bawah.


Manakala ini adalah contoh paparan 40 homestay yang disusun dan mudah untuk diakses. Hanya perlu scroll ke bawah.


Follow Facebook Rasmi Admin Untuk Update Terkini