Cara Add Member Kedalam Group Dengan Menggunakan Smartphone - FB Group Apps


Assalamualaikum.... Kaedah lain untuk menambah members kedalam Facebook group adalah dengan menggunakan aplikasi smartphone iaitu Facebook Group Apps/Facebook Group Manager. Aplikasi ini konsepnya lebih kurang sama dengan aplikasi Facebook Apps, cuma ianya hanya fokus kepada menguruskan Facebook group sahaja. Melalui aplikasi Facebook Group Manager ini, akan memudahkan kita untuk memantau group yang kita kelolai dan sertai.

Selain itu, melalui aplikasi ini kita juga boleh membantu kita untuk masukkan member kedalam group Facebook. Terdapat sedikit sahaja perbezaan dengan aplikasi Facebook Apps.

Langkah Pertama

  • Muatturun aplikasi Facebook Group Apps/Facebook Group Manager menerusi App Store/Google Play, bergantung pada jenis smartphone anda. Rujuk gambar diatas.
  • Selepas berjaya muatturun, langkah seterusnya adalah Log In akaun Facebook anda menerusi aplikasi ini.  

Langkah Kedua

  • Gunakan button “Search” untuk mencari group “Homestay Malaysia”.
  • Pilih group yang betul sebab ada beberapa group yang mempunyai nama sama. Lepas tu klik untuk masuk group tersebut.
  • Gambar diatas adalah paparan group Homestay Malaysia 
  • Button "Add Member" adalah yang simbol "+" bewarna biru

Langkah Ketiga

  • Selepas masuk kedalam group Homestay Malaysia. Klik simbol “+”, kemudian akan muncul seperti paparan gambar diatas.
  • Seterusnya tick rakan Facebook anda satu per satu 
  • Akhir sekali klik button "Done"

Terakhir dan Pemberitahuan

  • Kekurangan add member guna kaedah ini adalah, jumlah maksimum rakan yang boleh dimasukkan kedalam group dalam satu masa hanyalah seramai 50 orang sahaja, jadi anda perlu ulangi proses ini beberapa kali sekiranya ingin masukkan member lebih dari 50 orang.
  • Kekurangan lain adalah akan terjadi kes pengulangan add orang yang sama, jadi masalah ini boleh diatasi dengan add lebih ramai dari jumlah yang perlu add.

Follow Facebook Rasmi Admin Untuk Update Terkini