6 Pilihan Cara Share Commerce Slide


Assalamualaikum.... Hi, terima kaseh kerana masih lagi bersama Homestay Malaysia. Merujuk kepada topik entri kali ini adalah 6 pilihan cara untuk share commerce slide. Sekiranya kita menggunakan commerce slide, adalah sangat penting untuk kita tahu fungsi keseluruhan yang ada pada elemen ini supaya kita dapat memaksimumkan penggunaan fungsi commerce slide ini. 

Untuk pengetahuan anda, terdapat 6 pilihan cara share commerce slide; iaitu 
  1. Share on your own Timeline
  2. Share on a friend's Timeline 
  3. Share in a group
  4. Share in an event
  5. Share on a Page you manage
  6. Share in a private message
Setiap fungsi dan lokasi share ini perlu digunakan mengikut kesesuaian, supaya dapat mengoptimumkan lagi kempen pemasaran homestay dan juga memudahkan bakal penginap. Gambar dibawah menunjukkan senarai lokasi pilihan untuk share commerce slide.


Kami akan cuba menerangkan secara jelas berkenaan kaedah yang betul untuk menggunakan fungsi share ini supaya kita tidak membuat sebarang kesilapan kecil yang mungkin akan menjejaskan tahap keberkesanan iklan nanti.

Terlebih dahulu, ada perkara penting yang perlu diambil tahu iaitu fungsi-fungsi tambahan yang terdapat pada commerce slide ini. Terdapat 5 fungsi tambahan yang kita perlu tahu, fungsi-fungsi tambahan ini sedia terpasang pada setiap commerce slide. Maklumat dan penerangan lanjut berkenaan fungsi-fungsi tambahan ini ada kami kongsikan pada topik 5 Fungsi Tambahan Pada Commerce Slide.

Mungkin gambar dibawah ini akan menarik minat anda untuk membaca ini, nak tahu maklumat lanjut bolehlah rujuk entri yang bertajuk 5 fungsi tambahan pada commerce slide ye.


Berbalik kepada tajuk utama perkongsian entri ini, memang terdapat 6 pilihan cara share commerce store ini tetapi tidak semuanya bebas digunakan sesuka hati. Boleh dikatakan hanya 3 sahaja bebas untuk digunakan, manakala 3 lagi perlu ikut kesesuaian keadaan.

3 lokasi yang bebas untuk digunakan ini memang kebanyakkan sering digunapakai oleh pengguna Facebook, iaitu;

Share on your own Timeline

Kita bebas untuk share commerce slide diwall Facebook sendiri bila-bila masa kita suka. Kelebihan commerce slide adalah lebih kemas dan menarik, jadi akan menarik minat rakan-rakan Facebook kita untuk membelek gambar homestay kita nanti.

Bukan itu sahaja, sebelum share kita masukkan caption samaada tawaran, diskaun, link website dll. Boleh rujuk gambar dibawah ini.

 

 

Share in a group

Kita juga bebas untuk share commerce slide ini didalam group Facebook yang kita join, syaratnya perlulah patuhi peraturan iklan didalam group tersebut jika ada. 

Macam dalam gambar dibawah ini, pilih dalam group mana yang nak di share dan masukkan caption yang kita suka. 

 

Share on a Page you manage

Satu lagi kita bebas untuk share commerce slide dalam page kita sendiri, boleh rujuk gambar dibawah ini. Selepas kita pilih untuk share dalam page, maka akan dipaparkan senarai page milik kita.

 

 

Seterusnya adalah 3 lokasi share yang perlu ikut kesesuaian dan keadaan. Ini sangat penting kerana ianya melibatkan etika dilaman sosial dan juga kredibiliti bisnes kita. Kita juga akan dianggap spam, jadi bahaya sekiranya kena report.

Share on a friend's Timeline 

Memang fungsi ini disediakan oleh Facebook, tetapi kita tetap perlu menghormati privasi Facebook rakan kita. Kita tidak boleh suka-suka ceroboh wall Facebook mereka kecuali dibenarkan.

Kita sendiri pun tidak suka, jika wall Facebook diceroboh dengan iklan-iklan kan. Sekiranya dibenarkan, ini adalah contoh bagaimana kaedah untuk share di wall rakan kita tu. Sila rujuk gambar.

Hanya perlu taip nama akaun Facebook rakan kita sahaja.


Share in a private message @ PM

Selain dari boleh share di wall Facebook rakan, commerce slide ini juga boleh di share terus ke PM rakan Facebook kita dan juga akaun Facebook yang belum menjadi rakan kita jika menggunakan link commerce slide.

Jika merujuk gambar dibawah, paparan nama akaun Facebook hanya di kalangan rakan Facebook kita sahaja. Manakala untuk direct PM ke akaun selain dari rakan Facebook kita boleh gunakan link setiap commerce slide.

Cara untuk dapatkan link commerce slide boleh rujuk di entri ini, Cara Untuk Dapatkan Link Commerce Slide. Bila dah ada link, lebih mudah untuk kita direct PM walaupun belum jadi rakan Facebook kita.


Contoh direct PM yang akan diterima oleh rakan Facebook kita nanti adalah seperti gambar dibawah. Apabila link mesej tersebut di klik, maka akan dipaparkan commerce slide secara keseluruhan seperti yang ditunjukkan dalam gambar.


Share in an event

Fungsi yang terakhir adalah share in an event, tak ramai yang guna fungsi ini. Fungsi ini sangat bagus dan praktikal terutamanya apabila melibatkan sebarang event seperti expo, karnival, konvokesyen, seminar dll.

Dalam tempoh berlangsungnya event tersebutlah, kita boleh gunakan fungsi ini untuk memberi sebarang diskaun, promosi dll. Selain dari itu, kadar sasaran bakal penginap juga lebih tepat kerana mereka akan hadir sesuatu event dan akan memerlukan homestay untuk menginap.

Tambahan lagi, fungsi event ini boleh di promote dengan menggunakan FB Ads. Dimana melalui FB Ads kita boleh menarik pengunjung untuk hadir ke event, di kalangan pengunjung inilah yang akan menjadi bakal penginap homestay kita.

Walaubagaimanapun fungsi event ini hanya terhad untuk group dan page sahaja.

Caranya mudah, kita perlu create event terlebih dahulu. Selepas itu kita akan share commerce slide ini didalam jemputan event tersebut. Contoh dalam gambar dibawah, hanya perlu taip nama event sahaja untuk share.